Saturday, April 3, 2010

Ingat mengingati

25 Pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya...

01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini
bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam
ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan
karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama
TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL
kepada ALLAH.

02 - orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya
untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat
penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar
setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa
menerima kemulian dari ALLAH juga.

03 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan
rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH,
maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat
kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat
kepada ALLAH.

04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu
kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya
ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana
sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu
hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang
sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai
ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar
takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari
sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang
air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang
yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak
melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah,
memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih
mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang
tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa
beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat
berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu,
adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang
jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang
yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang
yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak
menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah
dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal
sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat
yang berbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan,
takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan,
pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan
mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan
menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu
kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yang
berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu
kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu
diberikan kepada anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan
sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung
memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana
manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu
belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang
orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan
para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari
mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya
bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau
tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah
bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah
banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih
mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan
sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura
pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu
dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah
engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak
demikian, maka berhati hatilah.

17 - Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu
serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan
disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap
orang lain yang pernah memberikan barang yang
berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah
dirimu padanyasebagai orang yang tidak mengharapkan
sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang
mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku
sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau
mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat
riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kepada
urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia
saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk
dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih
hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan
mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta
kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam
diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu
mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau
bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah
engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah
engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu,
janganlah mensia siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yang penyayang tentu akan
disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada
berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak
dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan
menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang
alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya
kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan
nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah
dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur
lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar
keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya
untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia
ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau
akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.
Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta
meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau
makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah
engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam
dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Tuesday, March 16, 2010

Bercuti bersama keluarga tersayang di Afamosa,Melaka

Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada suamiku yang tercinta kerana telah membawa kami bercuti-cuti malaysia...tq ayah..ummie dgn aisyah seronok sangat ayah bawak kitaorg jalan2...yg paling happy sekali aisyah lah..bukan main seronok dia waktu di Safari World..ummie pun mandi sakan kat Water World tu..gayat betul main gelongsor tu...hehehheee...mcm nak pegi lagi sekali je..boleh ke? huhuhu...tapi masa kat Safari World tu tak sempat nak tangkap gambar la..jadi ini je yang ado...


Ahli rombongan cik kiah


Ayah tengah beli tiket

kat Water World..aisyah siap sedia nak tukar baju mandi..huhuhu

Aisyah sayang ummie sejuk la tu

Alamak ada problem nak upload gambar la...ada lg gambar tp ni je yang sempat..nak tengok lagi ada kat facebook..daaaaaa


Tuesday, December 29, 2009

Giler Glamour

amin yang agak poyo...

Model terbaru Padini

Model terbaru Seed

Model ke ? ihik..


Bercuti ke Terengganu

Kalau takde sebab jangan harap la nak sampai ke Terenggau ni hehehhee...pergi sana sebab ada member opis aku kawin....menangis setan iblis.... kawan aku kawin jugak akhirnya hehhehehee...kat sana aku menginap kat Ulek Beach Resort..Boleh tahan la...tapi kalau aku nak g lg kat Terengganu aku taknak menginap kat situ lg..ye la..pegi la tempat lain pulak dak? heeee..tak dan nak shoping apapun...jalan2 ja...cuaca kat sana panas tak ingat...aisyah pun apa lagi..meragam je la kerja nyer...hmmmm takpe la...mungkin lain kali la kita shoping sakan...pegi butik arfah kat sana pun takde yg menarik sgt...ingat dapat la sambar 2 @ 3 helai baju batik..hmmmmm...so ni ada la sedikit sebanyak yg diambil diUlek Beach Resort tu..

Baru Sampai..

Aisyah mandi di kolam renang tu

Suasana tenang

Ramai jugak yg menginap di sana

Aisyah main cak cak dgn ayah

nak tukar channel la tuh

Aisyah nak mandi kat bilik air pulak


di majlis perkahwinan..aisyah tu ummie dia dokong menangis..ayah dia dokong meradang...bila pengantin lelaki dokong dia terus diam...huh..!!

Pengantin ni mengada betul...

Panas sgt sampai aisyah pun berkerut kening


Malang tak berbau..masa balik ke KL tu ada la berlaku kemalangan kecil...tapi nasib baik semuanya selamat...cuma kereta je luka parah sikit...ni la akibatnya kalau memandu dalam keadaan mengantuk...mmg letih...walaupun gilir2 memandu,dua-dua pun mengantuk tak ingat punya..tak tau la kenapa...padahal dah berenti rehat dah tu...tapi nak buat mcmana..benda nak jadi kan...janji semua selamat...aku teperanjat jugak la...trauma 3 saat..so aku nasihatkan..kalau mengantok tu tolong la jgn memandu,walaupun lagi 5 minit nak sampai rumah..hehehhee..boleh masuk longkang tau..huhuhuhu..


Korang rasalakan...berapa duit kena keluar ni...huhuhu









Monday, November 23, 2009

Raikan kejayaan bersama rakan kongsi

di KLCC

mmg sedap betul...layaaaannnn...

ni la fabrezz aku..huhuhuhu

Aisyah dah setahun

11/11/2009-Aisyah genap setahun


besarnyer kek dia...

Syoknya cendol

kami dah order cendol


kitaorg pun....sorang dua mangkuk ya mamak..



tengah layaaaaannnnn.....

Sunday, September 20, 2009

salam pada semua...

dah lama tak updated blog ni..bz tak ingat punyer la...
nanti nanti la aku upload pic...dah byk sgt aku simpan ni...lebih kurang mcm nak jadi perkasam dah...

walau bagaimanapun..aku nak ucapkan selamat hari raya kepada semua...semoga raya tahun ini lebih bermakna...

Monday, May 18, 2009

5's

Pagi ni aku bagun awal la konon nak sampai opis awal...hmmmm lewat jugak...bila lewat jgn harap la nak dapat parking..lewat tak lewat kul 7.30 aku sampai opis...bengang aku tak dapat parking..apa lagi..park la kat bawah tanah tu..kena lagi aku rm10..aduuhhh..kalau camni la tiap hari...tokei &^% pun bengkrap weh...

arini ada morning talk...biasa la rutin setiap isnin kena morning talk..wah...siap ada kerusi ni apahal kan...selalu bersiri je...hmmm lantak la...elok pun ada kerusi...tak laaa patah kaki aku berdiri lama..

ooooo...patut la ada kerusi...rupanya pagi ni ada taklimat pasal 5's...aduuuuhhh aku dah naik mual la dengar pasal 5's nih...

ni ada persembahan apa plak ni siap ada projector ni...hmmm latak lah...sekali ada tayangan gambar la pulak...fuh bengang pun ada...mana taknyer...audit dalaman tangkap gambar kawasan2 yg patut di beriperhatian utk dikemas dgn betul...flour aku mmg selalu kena 'etek' punyer lah...

huh..mmg sah pun...gambar kat flour aku paling byk kena snap...gile betul...yela...bhg flour aku ni keje dgn pengguna....keje byk gila...file beranak2...tp tempat takde...mmg betul bos dah bg kotak utk isi brg2 sume...abes tu dah takde tempat nak letak..camne kan...jadi byk laaa tempat kat flour aku tu kena tangkapgambar...mcm masuk surat khabar seh...

kalau nak cite pasal berat sebelah kat opis aku tu hmmm tak payah laaa...buat berat dosa jee...baik aku diam...diam? diam ke?mulut bising siut tp berani ckp belakang arrr hehehhee...tp sekali sekala tu aku ada gak lemparkan bom atom kat derang tu...tension tuuuu...

hah...utk group aku plak lg hampeh...aku kena buat sorang2 5's ni..sedey betul...org lain punyer fail aku kena labelkan...alahai...tepaksa laaa kang tak buat kang kumpulan sendiri...hmm lantak laaa....aku buat je la mana yg mampu...tp aku mmg menyampah sungguh 5's ni...pasal nak buat macam2...tp kena modal sendiri.,...ahh letih arrr camtu...tp nasib baik ada fail2 lama tu aku jual kilo...so hasil tu aku buat la modal...mmmm...

imah a.k.a makcik pc byk tolong aku pasal 5's ni...dia la yg byk mencetuskan idea2 mangkuk kat aku hehehee...hasilnya menjadi jugak la fail 5's aku..huhuhu..tak la terbiar group aku tu...ni logogroup aku...nama kumpulan aku 'RMC'



Sunday, May 17, 2009

Pizza

bila lapar aku suka call no ni...cubalah hehehehehee...yang bestnyer aku ada kupon...murah siut...ni pizza favorite aku...aku suka gile BBQ...dulu pizza hut ada BBQ pastu dah takde...padan muka...sekang aku dah tukar ke Dominos sbb ada BBQ....jom layaannnnn....








Cameron

kak ira : weh bila nak balik kl?
lena : kan aku dah cakap aku balik ari ahad...isshhh

kak ira : ooo...heheheh...weh..jgn lupa bwk ole2 dari atas tu...heheeee...
lena : ye ye ye..aku beli hadiah untuk ecah...

kak ira : umie punyer takde?
lena : ada jugak...hmmmm

kak ira : horeeyyyy.....
ni hadiah makngah utk ecah...bukan main suka ecah jumpa makngah dia harini...
aku malas nak masak...aku call piza je boleh?apa pulak tak boleh nyerrr...aku dah call dah pun hehehehee....




Cute Baby in the House

hasil edit gambar di www.picnic.com
so ejoy la tengok baby cute nih...cute kan..kan..kan..





Boring

kak ira : na, ko tengah watpe?

lena : takde watpe..aku kat opis ni...

kak ira : weh jom la jalan2..aku bosan ni..keje tak abes2...sekang tengah buat 5's pulak..
aku buat
sorang2..bengang aku...

lena : weh, tu bukan buat kejer berkumpulan ke?

kak ira : mmg laa..yg lain tu tak reti nak buat keje...semua harapkan aku je..(hehhehe)

lena : ishh mana boleh camtu...nanti ko buat keje sorang,yg lain sume dapat prestasi sama cam

ko..sebab ni kerja berkumpulan...weh jom hapdey..

kak ira : alah ko cakap je nak hapdey...pastu tak larat la sakit perut la..mamak mee la topekong

siam laa....

haaaa...seronok aku dapat berita adik aku dah mengandung...tu sbb sekang ni dia asyik tak larat nak kemana2...tapi kata boring tahap gaban...hmmm lantak ko la lena..janji ko bahagia....aku happy gile bila dapat tau ko dah mengandung...

kalau ko nak baby ko gebu cam ecah tu...amalkan la pemakanan yg sihat...jgn makan byk minyak..jgn ingat time mengandung ni ko boleh bedal sesuka hati ko...nanti pelik..nape anak kulit tak cantek laa...selalu tak sihat la...mcm2 lg lah..padahal tak ingat time mengandong ko bedal mcm2....ingat tu...jgn nak melantak sesuka hati...jaga baby tu okeh...

time mengandong ni la penyakit senang datang...jgn ikut org,time mengandong minta apa pun dapat...ajar anak dari dlm kandungan lg..heheheh membebel la pulak...alah takpe sekali sekala...lg pun aku kan dah lama tak updated blog ni...hmmm al maklum laaaa...kena cari duit lebih..kerja pun kena la lebih...

kepada lena aku doakan ko selamat melahirkan...jgn sedih2 tau...sabar byk2...ni la dugaan ibu mengandong jauh dari suami...

k..aku nak sidai kain..keje apa lg yg boleh dia buat selain basuh baju sidai baju...nak berjalan2 sekang ni mcm2 penyakit pelik dah merebak kat muka bumi ni...hmm..hati2 je lah...


Monday, February 2, 2009

Bergaya di tempat kerja

Mari kita tengok gaya tudung dan pakaian yg sesuai di tempat kerja..walaupun tak nampak baju..tp korang mesti tau baju apa aku pakai kan heuheuheu....maklum la, takda sape nak tolong tangkapkan gambar..mari mencuci mata..

~ISNIN~

~SELASA~

~RABU~

~KHAMIS~

~JUMAAT~


Sunday, January 18, 2009

Baru 2bulan dah pandai bergambar

amboi jeling bukan main

muka manja la tu

mata bersinar

bulat mcm pooh jugak

Saturday, January 17, 2009

Selamat Tahun Baru dan Selamat Bertugas


Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca....dah lama rasanya tak masuk blog nih...maklum la sekarang ni dah ada org baru...first time la kata kan...masih nak belajar menguruskan masa dengan bijak...kalau tak pandai menguruskan masa dan tak sabar alamatnyer tunggang langgang laa...hehehhehee...


12 januari 09 dah mula masuk kerja...bosannyer nak kerja...rasa mau berenti pun ada juga...tp bila di timbang di tolak..rasanya rugi kalau berenti kerja ni...ye la..ekonomi sekarang pun tengah gawat...jd terpaksa la relakan diri ni bekerja..huuuu...kat opis asyik teringatkan baby jeee....


apa2 pun aku bahagia dgn hidup aku sekarang...akhir kata selamat tahun baru dan selamat terpaksa bekerja huuuaaaaaaaa........

Sunday, December 7, 2008

myBaby

Puteri Nur Aisyah bt Ahmad Shahril
Lahir pd 11/11/08,2.20pm
Berat 3.65kg


aisyah masuk wad sebab kuning..



bersungguh betul aisyah tido....

jangan kacau aisyah tido..hehhehe..

baru lepas menyusu...happy je muka dia..

rambut lebat dah jadi botak...lepas cukur jambul..
balik kerja penat pun jadi sejuk dan tenang bila tengok muka anak...sayang anak umie nih...